Dear awak..
Tujuan nukilan ini hari ini jujur dan ikhlas dari hati saya. Bertarikh 12/05/2015 pada hari selasa jam 12.30pm semasa saya sedang lunch.
Amboi siap tarikh bagai semua kn?? Semua ni terdetik dari saat kawan saya bertanya suatu soalan. Soalan itu berbunyi bergini "kau rasa ex kau tue sayangkn kau lagi tak?? Kalau dia sayangkn kau.. rase rase kau dia akan tunggu kau seumur hidup dia ke??"
Pada mula soalan itu saya langsung tak fikir apa-apa dan gelakkan sahaja kawan saya tu. Ye la maybe dia cuma bergurau and soalan itu sendiri tak ada makna apa-apa dari diri dia..
Dan lepas itu saya terfikir kita semua manusia. Setiap satu dari diri kita ingin merasai perasaan bahagia dicintai dan mencintai.. Saya, Awak, keluarga awak. Dan tak ada yang terkecuali daripada ingin merasai perasaan itu..
Awak sendiri merupakan seorang wanita yg bijak. Mempunyai paras rupa. Dan juga personaliti yg menarik. Sudah tentu akan ada lelaki lain yang akan terpikat dan tertarik dengan awak.
Pilih lah diantara kalangan mereka yang awak rasa terbaik untuk diri awak. Dan kejarlah kebahagiaan awak. Lupakan penderitaan silam awak. Lupakan kesakitan dihati awak. Perlahan lahan buka hati awak utk cuba mencintai orang lain dengan seikhlas hati awak..
Doa dan harapan saya tak akan pernah putus mengharapan awak dapat kebahagiaan yg awak idamkan..
Mungkin suatu hari nanti saya akan dapat melihat awak tersenyum bahagia dengan orang yg awak sendiri pilih.
Sehabis masa. Kata maaf dan penyesalan saya tidak akan dapat mengubah apa-apa. Masa silam dan takdir kebahagiaan bukan ketentuan kita. Harapan saya agar awak akan bahagia disuatu masa nnti
Believe in yourself as i would believe in you. And that there are nothing that can stop you. Peace and luck.. bye
P/s: im really really sorry
No comments:
Post a Comment